Fuh~~~ Amboi, amboi, amboi. Confirm ramai yang jeles apabila melihat gambar Ramona Zamzam dan Amar Baharin lebih-lebih mereka yang mendambakan Amar Baharin bercinta dengan Izreen Azminda. Malah mungkin ada yang stress kerana Ramona Zamzam sebelum ini pernah didakwa menjadi perosak hubungan Amyra Rosli dan Dazrin Kamaruddin. Banyak peminat Amar dan Izreen yang menulis komen memohon agar Ramona tidak mengganggu-gugat atau menjadi orang ketiga dalam perhubungan kedua-dua pelakon itu.
Walaupun sudah menulis caption “Relax! pergi event je. Jgn ada fan club dtg attack ckp nak rampas bf/tunang/laki org lagi okeyh? @amarbaharin is safe with me bahahahhahaha“, untuk gambar di atas, masih ramai lagi peminat yang melahirkan rasa bimbang dan marah. Berkata menerusi Berita Harian, Ramona Zamzam menjelaskan yang dia sudah lama berkawan dengan Amar Baharin. Kata Ramona:-
Amar memang dia sudah lama saya kenal. Dia antara kawan lepak saya sejak bertahun lalu. Malah dia pernah datang jemput dan hantar pulang saya ke rumah. Tapi sejak sekian lama tak berjumpa, kami bertemu semula ketika berlangsungnya Media Prima TV Networks Screenings.
Itupun kami bertembung ketika dia nak pulang dan gerak ke kereta dan saya pula menghala ke tempat parkir kereta. Bermula dengan bertegur di tepi jalan, dia ajak saya masuk ke kereta untuk sambung bersembang. Ketika itu saya ambil kesempatan bergambar dengannya juga
Abang Nara faham kenapa banyak spekulasi dan rasa marah timbul di kalangan peminat. Iyerlah, Ramona Zamzam kan cantik orangnya. Silap-silap memang Amar Baharin boleh jatuh cinta dibuatnya. Nanti tak pasal-pasal impian para peminat mahu melihat Amar dan Izreen bersatu tak tercapai. Apa pun, kita kena faham. Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh, memang tak akan ke mana. Tak gitu?