Written by AbangNara | May 17th, 2014

Apabila peminat mengeluarkan kritikan terhadap seorang selebriti, ada yang melabelkan bahawa itu bukan peminat sejati. Adakah peminat sejati harus menerima apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti kegemarannya dengan hati tulus redha tanpa sebarang soalan? Satu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Apa pun, sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Yuna menerusi laman Facebooknya baru-baru ini telah menimbulkan banyak kritikan daripada peminatnya yang kurang menggemari cara berpakaian penyanyi hebat ini.

gaya fesyen baru yuna

Secara jujur, memang agak ketat pakaian yang dipakai oleh Yuna. Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah permintaaan segelintir peminatnya yang mahukan Yuna kembali memakai fesyen seperti di awal kemunculannya. Bagi Abang Nara, penampilan Yuna ketika itu amat bagus sekali dan sangat sedap mata memandang. Lagipun Abang Nara dapat rasakan para peminat Yuna lebih fokuskan kualiti lagu dendangan Yuna dan tak ambil pusing sekiranya Yuna tidak bergaya “up to date” dengan fesyen-fesyen semasa.

gaya fesyen baru yuna

Antara komen-komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah:-

gaya fesyen baru yuna

gaya fesyen baru yuna

Mungkin Yuna perlu sedikit sebanyak mengambil berat teguran dan kritikan daripada para peminatnya di Malaysia walaupun sedang fokus mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat. Apa pun Abang Nara pasti Yuna akan buat yang terbaik untuk dirinya. Sama-samalah kita terus mendoakan kejayaan Yuna.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

89 responses to Kongsi Gambar Berpakaian Ketat, Yuna Dikritik Oleh Peminatnya

  1. Aku pelat says:

    Yuna ni otak brilliant…tp bab berfesyen ni agak ketinggalan sket aku tgk….

  2. aaaaaa says:

    nicky minaj malaysia.sorry to say.i miss the old u yuna

  3. Leave A Comment says:

    apapun, kena kembali kepada suruhan Allah..jgn terlalu leka dgn fame yg anda kecapi..syaitan iblis sentiasa menggoda utk menyesatkan..bukan anda saja, malah semua umat teruatama umat Islam..yg non-muslim mmg tak hebat sgt dugaannya, sbb mmg bukan islam, mereka dah sesat pun..jadi dilekakan dalam sesat ttg perkara2 lain supaya tetap sesat..(sila baca apakah janji Iblis kepada Allah utk menyesatkan umat manusia)

  4. Dragon says:

    AKU NI DARI DULU SMPAI SKG X PENAH MINAT PUN GAN YUNA.. LAGU DIA PUN ALA KADAR JE.. X MINAT LANGSUNG..

  5. bebe says:

    islam hipokrit ramai kt malaysia ni. at the 1st place, klu pious sgt napa baca blog hiburan, hiburan itu kan melalaikan. yuna i like your song!

    • aper aper jer lah... says:

      Pious? Kelakar la commnt awk … dah tau melalaikan knaper buat .. itukan hipokrit jgk ? Hipokrit dngn Tuhan lagi… sy tak ada masalah dengar lagu yuna sbb sy perempuan jd suara yuna bkn aurat pd sy selagi nyanyian itu tak melalaikn tp pd org lelaki ttp aurat sbb menyanyi. Dosa tu yuna yg tanggung bkn awk .. senang la awk ckp. Awk boleh tolong dia ke kat barzakh dia… diri kita sndri pun kita tak tertolong .. jangn kat org hipokrit, awk dngn yuna pun hipokrit jgk sbb biarkan dia terjun dngn labu2nya … kata suka tp klu suka nasihatkn yuna jngn sampai dia tersasar … wat a hypocrite commnt…

    • Egypt Coffee says:

      dont let yr stupidity out of the closet..whatever blog/website/anythg on the internet are free for everybody to watch, to read, to comment, etc..why would u limit other people just because other people trying to fulfill their responsibility towards others? how shallow.. the call for dakwah is meant for all Muslim..no matter where they are..what medium they’re in..simple example: dont expect people who go to discos will go to mosque..so, do ur dakwah the other way round..meet the people and dakwah..write a reply and dakwah..simple je pun..

  6. yuna ke? says:

    Dear yuna,

    ko dahlah tak berapa cun sgt, hidung kembang, sebab ko pakai mcm apa2tah , tudung pun senteng mcm bini si nara tu jugak.

    jadi apa yang aku boleh kata, ubahla yuna.nnt bila Allah tarik segalanya time tu barulah kau kenal mana turban ,mana sarang tebuan? dan dikala itu baju kilat ke tak kilat tak bermakna lagi,

    time tu kau kembangkan lobang idung pun tak beguna lagi.

    maap yer..aku kasar sikit

  7. qasih says:

    Banyak betul ustaz ustazah internet. Tolong lah shut up. Korang tengok jgk artis berseksi sana sini, gumbira sana sini. Cermin lah diri masing2 dulu wei. Time kasaih

    • minta permission tegur yuna ... says:

      Sy bkn ustazah & sy tak tngk artis seksi jgk.. mcm tu sy boleh la tegur yuna… klu sy tngk pun tak salah klu sy ternampak slg dr paras pinggang sampai kpala lutut sy boleh tngk pompuan. Gembira sana sini tak salah slagi tak ke arah maksiat @ lupa mati. Jngn ada riak ujub. Berpesan pesan nasihat menasihati tak salah dlm islm. Sy tak beli cd artis ppuan kecuali masa kecik2 sy suka celine dion. Bkn sy tak mampu , parents sy lbh dr mampu. Cuma tak minat jer sbb sibuk blaja. Sy tak bohong. Tu jelah skali sy beli. Radio pun da lama x dngar kecuali tumpang keta kawan. Suka jgk dngr yuna. Sy tak aper sbb ppuan jd tak haram. Jd Qasih boleh tak sy tegur yuna?… Tanya elok2 ni…

      • minta permission tegur yuna ... says:

        Sy lupa letak “x” kat… x dr paras pinggang ke lutut sy x boleh tngk ppuan. Anak kasih ke? Ya Allah comelnyerrrrrr … ahhhh geram tembammmnyer. Baru terperasan td….. Tahniah baby somellllll….. Bila la sy nak kawin niiii.. sy zooming baru perasan gambar baby tuuuuu…

  8. Berlian says:

    SEBERNANYA, AURAT TU BUKAN TERLETAK KEPADA PAKAIAN KETAT SAHAJA, TETAPI MENUTUP KAKI DAN JUGAK PAKAI BAJU LENGAN PANJANG, ITU YANG WAJIB DAN BETOL. AURAT WANITA HANYA BOLEH DILIHAT ADALAH WAJAH SAHAJA. KALAU PAKAI BAJU LENGAN PENDEK, PAKAI TUDONG PON TAK BETOL. PAKAI TURBAN TUDONG, NAMPAK LEHER PON SALAH. ADAT MEMANG SENANG NAK IKOT, TAPI SUNNAH YANG WAJIB.

  9. Speak from heart says:

    Pada hemat saya lah kan, kenapa kita tegur yuna sedangkan cth. Neelofa pakai short skirt kita tak tegur. Memang lah yuna tak menutup aurat sempurna. Kalau kita kondem seseorang tu pakai tudung macam tu lah macam ni lah one day dia akan terasa kalau aku pakai tudung asyik kena hentam je semua tak kena baik aku free hair pakai short pants tank top pun no hal. Macam certain someone tu. ——
    She may wear jeans, but little do you know just last month she gave up shorts.