Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Gambar Bekas Jahitan Pembedahan, Nazim Othman Minta Diberi Ruang

Abang Nara sebenarnya takut sikit dengan benda-benda yang berkaitan dengan pembedahan. Lagi-lagi kalau bab-bab darah. Itu yang Abang Nara rasa cuak sikit apabila melihat gambar bekas jahitan pembedahan di kepala yang telah dikongsikan oleh Nazim Othman. Terus terbayang apa yang terjadi di dalam bilik pembedahan. Itu baru bayangkan dah rasa cuak, kalau Nazim Othman mestilah lagi cuak rasanya.

nazim othman

Advertisement

Nazim Othman juga telah meminta untuk diberi ruang dan pemahaman daripada para peminat sementara dirinya sembuh sepenuhnya setelah pembedahan ini. Tulis Nazim.

All I need is some space and understanding in this healing period. I’m sorry I didn’t share much. I’m telling U it’s not easy to let someone crack my skull for the brain surgery although it’s for my good. So yea, some space please. If U can’t say something good and positive , I’d appreciate your silence. Thank U so much. May Allah bless us all. Amin. #nothereforsympathy #notsellingmystoryforpublicity

Untuk yang tak berapa pandai omputeh, meh sini Abang Nara translatekan. Tulis Nazim “Apa yang saya perlukan ialah sedikit ruang dan pemahaman ketika dalam proses pemulihan ini. Saya minta maaf kerana tidak banyak berkongsi. Saya nak beritahu yang bukannya mudah untuk membenarkan seseorang untuk ‘crack’ (pecahkan?) tengkorak untuk pemebedahan walaupun ia adalah untuk kebaikan saya. Jadi ye, saya perlukan sedikit ruang. Jika anda tidak boleh bercakap apa-apa yang positif, saya menghargai kesenyapan anda. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.”

nazim othman

Power juga teknik translation Abang Nara nie. Jadi seperti yang dimahukan oleh Nazim, marilah kita memberinya ruang untuk berehat agar pulih sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan agar Nazim segera pulih. Yang penting, memang ternyata benar Nazim Othman menghidapi penyakit di otak seperti yang dispekulasi sebelum ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Nazim Othman mengharungi cabaran dalam hidupnya ini. Amin.nazim othman P.S: Korang yang nak gi Korea tue, inilah guesthouse terbaru Malaysian Guesthouse in Seoul -FNsquared- yang sudah siap sepenuhnya. Dapur ada, bilik tidur cantik kemas, sarapan disediakan, bilik air best dan macam-macam lagi kemudahan yang awesome!!! Harganya? Tak mahal pun. Cuma 19,000 won sahaja satu malam. Kira-kira RM60. Murah kan? Silalah email ke [email protected] atau Whatsapp +821083955711 untuk pertanyaan lanjut. Selamat bercuti ke Korea!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top