Kongsi Foto Ziarah Kubur, Netizen Tegur Pakai Kata-Kata Kesat, “Islam Ajar Adab Dan Kesopanan..” – Que Haidar

Hiburan

Kongsi Foto Ziarah Kubur, Netizen Tegur Pakai Kata-Kata Kesat, “Islam Ajar Adab Dan Kesopanan..” – Que Haidar

Que Haidar atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar,41, baru-baru ini ada memuat naik sebuah foto swafoto di sebuah tanah perkuburan kerana menziarahi pusara keluarganya.

Namun, ada pulak individu yang tidak dikenali telah memberi teguran secara negatif dan kata-kata kesat padanya menerusi foto tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

Ziarah pusara ??

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

 Bagi Que Haidar, perbuatan memberi teguran dengan kata-kata kesat tersebut tidak langsung menggambarkan seorang insan yang mempunyai adab dan kesopanan, tambahan pula datang daripada seorang yang beragama Islam.

“Alhamdullilah, ada yang sudi tegur saya. Tapi kan ianya lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu dan beragama Islam. Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik. Apapun Alhamdulillah,”

Individu tersebut sebelum ini ada menulis komen berbaur kritikan dan menganggap Que Haidar hanya menunjuk-nunjuk kebaikan kepada umum. Malah, dia turut menegur Que supaya menjaga adab ketika menziarahi tanah perkuburan.

Namun, profil individu berkenaan telah dipadam dan sudah tidak dapat diakses. Netizen  lain yang melihat teguran itu turut menyokong pernyataan Que Haidar yang merasakan individu tersebut agak keterlaluan dalam memberi teguran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...