Kongsi Foto Tak Bersolek Dan Menangis, Model Antarabangsa Bella Hadid Hadapi Tekanan Emosi

Hiburan

Kongsi Foto Tak Bersolek Dan Menangis, Model Antarabangsa Bella Hadid Hadapi Tekanan Emosi

Model antarabangsa terkenal, Bella Hadid menerusi sebuah hantaran Instagram mendedahkan bahawa kehidupan yang dipaparkan di media sosial tidak seindah dengan apa yang dihadapinya di dunia sebenar.

Kakak kepada model terkenal Gigi Hadid ini berkata dia bersetuju dengan ucapan penyanyi Willow Smith yang menyentuh soal realiti di mana setiap manusia mempunyai keunikan yang tersendiri dan akan mengalami gangguan emosi seperti risau dan tidak cukup bagus berbanding orang lain.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Bella ? (@bellahadid)

Ujar Bella, perkara itu telah dialaminya sejak sekian lama dan berharap mereka di luar sana yang turut mempunyai perasaan yang sama untuk sentiasa kuat dan tidak merasakan diri mereka keseorangan.

Media sosial tidak benar, kepada sesiapa yang bertaruh, ingatlah, kadang-kadang anda kena tahu yang anda tidak berseorangan. Jadi, daripada saya kepada anda smeua, anda tidak berseorangan. Saya sayang anda, saya melihat dan mendengar anda.

Dalam hantaran yang sama, Bella turut berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang menangis dan kelihatan lesu akibat tidak bersolek, jauh beza daripada foto glamor yang dipaparkannya sebelum ini di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan pengikut model itu meninggalkan respon yang positif di samping kata-kata semangat buat wanita itu.

Nabila Razali
2 years ago

"Maaf Tiada Gimik Kali Ini.." Nabila Razali Lancar Lagu Baharu Sempena Hari Lahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...