Kongsi Foto Seluar Koyak Dan Tangan Berdarah, Pelakon Fazreen Rafi Timpa Kemalangan

Hiburan

Kongsi Foto Seluar Koyak Dan Tangan Berdarah, Pelakon Fazreen Rafi Timpa Kemalangan

Pelakon Fazreen Rafi baru-baru ini telah memuat naik foto memaparkan dirinya terbaring dalam keadaan seluar terkoyak dan tangan mengalami luka parah di ruangan Instagram.

Dia dilihat sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan ketika foto itu diambil.

Advertisement

Turut menulis kapsyen sedih, Fazreen walau bagaimanapun tidak pula menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang terjadi kepada dirinya namun ramai yang menganggap pelakon tersebut telah jatuh dari motosikal.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat tampil mengucapkan takziah dan mendoakan supaya dia cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...