Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kongsi Foto Sejadah Panduan Solat, Usaha Sarah Hildebrand Bimbing Suami Raih Pujian Netizen

Berkongsi foto sejadah yang mempunyai panduan solat di laman Instagram, pelakon Sarah Hildebrand kini raih perhatian netizen.

Suami Sarah hildebrand solat

Foto itu juga turut menampilkan suaminya, Otto Gillen yang sedang duduk di atas sejadah untuk mengerjakan solat.

Advertisement

Kata Sarah, perkongsian itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan  yang baru mahu belajar solat seperti mualaf atau kanak-kanak.

Suami Sarah hildebrand solat

“Ini bukan iklan berbayar dan saya juga tidak menjual produk ini, tetapi saya hanya berkongsi untuk mereka yang berminat membeli tikar sembahyang ini untuk rakan mualaf, anak-anak, atau untuk seseiapa yang ingin belajar serta perbetulkan solat mereka.”

Usaha itu secara tidak langsung raih kata-kata pujian netizen atas usaha Sarah yang dilihat gigih membimbing suaminya yang sahaja baru memeluk Islam pada tahun lalu.

Suami Sarah hildebrand solat

Advertisement

Selain dipuji, posting itu juga dibanjiri kata-kata semangat agar kedua-dua mereka kekal istiqamah dalam mencari hidayah semoga terus menuju ke jalan yang benar.

Suami Sarah hildebrand solat

Terdahulu, Sarah yang mengambil keputusan untuk membuka tudung, tidak henti-henti me­nerima kecaman daripada netizen. Malah apa sahaja yang dilakukannya turut dikritik susulan tindakan berkenaan.

Untuk rekod, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika pada 3 November 2019.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top