Seperti yang diketahui pengikutnya, pempengaruh Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona sering berkongsi foto-foto percutiannya.
Terbaru, perkongsian Leona meraih perhatian dan tak lain tak bukan, kerana pakaiannya ketika bercuti baru-baru ini.
Hantaran itu memaparkan kenangan indah ketika anak Azhar Sulaiman tersebut menaiki bot ke tengah laut untuk bermandi manda di laut sera menikmati pemandangan indah.
View this post on Instagram
Leona terlihat sangat gembira dengan percutiannya itu namun sesetengah netizen berasa kurang senang dan memberikan teguran kepadanya yang memakai bikini.
Ada yang berpendapat Leona seperti ‘kebal’ dengan kecaman kerana tetap berkongsi fotonya bepakaian seksi meskipun sudah berkali-kali dikritik.
Kuat mental kau dik tahan dengan kecaman netizen.
Dalam pada itu, sesetengah netizen tidak menyentuh langsung bab pemakaiannya dan sebaliknya hanya fokus dengan lokasi percutian Leona.
Segelintir netizen pula bertanya kepada Leona jenis kamera yang digunakan kerana gambar-gambar yang dirakamkannya begitu cantik.