Siapa yang tidak kenal dengan legenda MotoGP, Jorge Lorenzo. Baru-baru ini beliau telah mengumumkan persaraannya dari dunia MotoGP selepas dilihat kurang berjaya dan menyerlah pada perlumbaan musim ini. Difahamkan, beliau mengambil peluang untuk berehat seketika sebelum menceburi bidang lain pada masa akan datang.
Tebaru, Lorenzo kini sedang bercuti di Bali dan apa yang mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik foto mesra bersama pelakon Dayana Roza.
Namun, ini bukan kali pertama mereka bertemu dan sebenarnya Dayana dan Lorenzo sudah lama mengenali antara satu sama lain. Beberapa minggu lalu, Dayana turut memuat naik foto bersama Lorenzo dengan ucapan selamat maju jaya selepas Lorenzo mengumumkan persaraan daripada kejohanan MotoGP.
Rakan artis dan netizen turut memberikan komen pada foto berkenaan. Siapa sangka Dayana dan Lorenzo mempunyai hubungan yang agak rapat.
Tidak pasti sejauh mana hubungan mereka, bercinta ataupun tidak. Terdahulu, Lorenzo didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Indonesia, Nikita Mirzani. Aktres itu pernah memuat naik fotonya mencium pipi Lorenzo dan ia menjadi bualan hangat di media sosial.
Ex gf Lorenzo
December 5, 2019 at 4:23 pm
kalau dpt tangkap gambo camgitu pun dah kata bercinta, abeh tu yg si Nikita Mirzani dpt cium tu nak kata apa plak? kelakar la ko ni min..biasa la tu omputeh kan…what do u expect? apa pun nk ckp kt Dayana Roza..Camni baru lah WORLD.. kahhhh!!
Anonymous
December 5, 2019 at 1:59 pm
Kasihan Lorenzo, dipaksa dicium dan difoto, lalu di post buat gagah gagahan
aku suka komen ni. kahhhh !!
mem
December 5, 2019 at 1:03 pm
aku ingtkn gmbr die dgn zain saidin…ahh sudahhh jgn buat hal…skali org lain daaaa hahaha
Anonymous
December 5, 2019 at 11:06 am
susah nk dpt laki laa cenggini… pompuan baik utk lelaki yg baik..