Pelakon kacukan dari Uzbekistan, Daler Yusuf baru-baru ini ada berkongsi sekeping foto memaparkan dia sedang menjamah makanan yang sinonim dengan negeri Kelantan, iaitu budu.
Foto tersebut ternyata telah menarik perhatian netizen di luar sana yang terpegun dengan kebolehan Daler Yusuf ‘menelan’ budu tersebut. Ini kerana, tak semua orang yang boleh menjamah makanan kegemaran ramai ini.
Menelusuri ruangan komen, ramai pula netizen yang tertanya-tanya adakah pelakon drama bersiri Titian Cinta ini benar-benar tahu menikmati budu.
Dia kemudiannya berbalas komen ringkas dengan peminat mengatakan dirinya memang gemarkan makanan itu.
Sekadar info, Daler Yusuf atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad mempunyai kacukan dan dilahirkan di Uzbekistan memulakan kariernya sebagai anak seni di Malaysia sekitar tahun 2015.