Kongsi Foto Hamil 7 Bulan Bersama Suami, Peminat Teruja Teka Jantina Bayi Ain Edruce

Hiburan

Kongsi Foto Hamil 7 Bulan Bersama Suami, Peminat Teruja Teka Jantina Bayi Ain Edruce

Pelakon dan juga pengacara, Ain Edruce yang kini sarat hamil 7 bulan ada berkongsikan beberapa keping foto hasil sesi penggambaran kehamilan bersama suaminya, Amirul Hafiz di laman Instagram untuk tatapan peminat.

Ain EdruceSumber : Instagram Ain Edruce  

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce mencuri tumpuan peminat dan pengikut media sosialnya kerana tampil berseri dek seri ibu mengandung.

Advertisement

Tampil anggun menggayakan busana berwarna putih sedondon bersama suami, pasangan ini kelihatan ceria dan bahagia merakamkan momen indah bersama bayi dalam kandungan.

“Betul lah orang kata detik-detik terbaik berlaku apabila ia tidak dirancang. Alhamdullilah tujuh bulan dah. Terima kasih semua yang mendoakan. Syukur dapat suami yang penyayang. Yang korang nampak yang gembira saja. Yang emo-emo Mirul ja tahan. Hahaha. Sayang awak daddy.”

Teruja melihatkan perkara itu, peminat Ain Edruce tampil meneka jantina bayi dalam kandungan serta mendoakan agar urusan Ain dipermudahkan ketika bersalin nanti.

Terdahulu, Ain Edruce telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya iaitu Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 yang lalu setelah enam bulan mengikat tali pertunangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...