Hantaran dimuat naik pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle di Instagram semalam mencuri perhatian warganet di media sosial apatah lagi kapsyen mereka dikatakan memberikan ‘hint’ tentang sesuatu.
Mana tidaknya, Mimi dan Syafiq kedua-duanya dilihat menulis caption yang sama, namun menggunakan dua bahasa yang berbeza.
Menanti untuk berkongsi momen indah bersama..
View this post on Instagram
Kapsyen mereka membuatkan ramai peminat membuat tekaan bahawa pelakon filem Pusaka berkenaan bakal melangsungkan majlis perkahwinan yang tertangguh sebelum ini.
Lebih menguatkan tekaan mereka, sebuah portal hiburan turut memuat naik gambar POV mempamerkan Mimi sedang mengambil foto Syafiq ketika itu.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq menjadi bualan hangat peminat selepas tular video mempamerkan kedua-duanya sedang makan bersama dan mereka kemudian mengaku sudah berbaik.