Kongsi Foto ‘Fitting’ Baju Pengantin, Jofliam Bakal Tamatkan Zaman Duda Bersama Dewi Tak Lama Lagi?

Kehidupan

Kongsi Foto ‘Fitting’ Baju Pengantin, Jofliam Bakal Tamatkan Zaman Duda Bersama Dewi Tak Lama Lagi?

Baru-baru ini, usahawan pizza wagyu popular iaitu Jofliam sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas dirinya berkongsikan beberapa foto seolah-olah memberi petunjuk akan menamatkan zaman duda.

Jofliam bakal berkahwin dengan Dewi tak lama lagi?

Dapat dilihat dalam foto yang dikongsikan, Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar memuat naik foto seorang wanita memakai busana pengantin di sebuah butik dan ramai mendakwa itu merupakan Dewi.

Advertisement

ig jofliam

Dalam hantaran foto yang lain, kelihatan juga pekerja di butik berkenaan sedang mengukur di badan Jofliam.

Guna lagu Sampai Tua Nanti

Fitting baju. Janji kurus sebelum raya.

Hal yang menarik perhatian lagi kerana usahawan terbabit menggunakan lagu background Sampai Tua Nanti untuk kedua-dua hantaran itu.

ig jofliam

Sekadar info, Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh, Cik Epal dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun, pilih untuk bercerai pada tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama selama 10 tahun.

cik epal jofliam gaduh
5 days ago

"Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak" - Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak-Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...