Kongsi Foto Buat Imbasan Kehamilan, Peminat Doakan Nabila Huda Agar Cepat Hamil

Hiburan

Kongsi Foto Buat Imbasan Kehamilan, Peminat Doakan Nabila Huda Agar Cepat Hamil

Rasanya semua sedia maklum mengenai hasrat pelakon berbakat, Nabila Huda untuk menimang cahaya mata kedua setelah anak sulungnya Keisha Laila sudah pun meningkat dewasa.

Namun, sehingga kini rezeki Nabila Huda untuk menyambut cahaya mata baru itu masih belum lagi tertunai sehingga ke hari ini.

Advertisement

Baru-baru ini, aktres itu ada memuat naik sebuah video di laman Instagram di mana dia ada memaparkan bahagian perut yang membuncit seolah-olah sedang hamil.

Malah, Nabila yang mesra disapa sebagai Abil itu juga dilihat sedang melakukan prosedur imbasan kehamilan di sebuah pusat perubatan.

Rupa-rupanya, momen tersebut hanyalah untuk sebuah babak lakonan naskah drama terbaru yang turut dibintangi Nabila Huda.

“Alhamdulillah @kidweebee !! jadi lah eh tipu-tipu..” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan pesanan dan mendoakan agar Nabila Huda lekas hamil dan dikurniakan rezeki anak kedua tidak lama lagi.

“Semoga Tuhan beri rezeki untuk Abil mengandung sekali lagi. Insya-Allah suatu hari nanti.” doa seorang peminat.

Semoga Abil dan suami murah rezeki dan dapat merasai saat-saat indah itu sekali lagi. Amiin!

Nabila Huda
3 years ago

"Tak Boleh Tunggu Ke Pergi Langkawi Tu?" - Nabila Huda Harap Pertanyaan Tak Disalah Erti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...