Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Hiburan

Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Bertindak berkongsi sekeping foto bersama bekas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle ketika menghadiri sebuah program televisyen baru-baru ini, nama pelakon Mimi Lana mula mendapat perhatian netizen.

Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Advertisement

Namun, kelibat penyanyi Azira Shafinaz juga turut kelihatan dalam foto yang sama yang dimuat naik Mimi di laman Instagram miliknya.

Meskipun begitu, perkara itu seakan mencuri tumpuan warganet selepas Mimi dan Syafiq tidak kelihatan bersama selepas putus cinta baru-baru ini.

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Mimi seakan tertanya-tanya adakah kisah cinta mereka berpaut kembali. Bahkan, selepas melalui episode putus cinta sebelum ini, Mimi dikhabarkan langsung tidak berkongsi gambar bersama bekas kekasihnya itu.

Biarpun begitu, wujud juga segelintir pihak yang memuji tindakan Mimi dan sikap profesional kedua-dua pelakon itu dalam urusan kerja.

Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Malah, ada juga yang mengusik Mimi untuk kembali bersama Syafiq kerana katanya pelakon tinggi lampai itu memang sesuai andai berjodohan dengan jejaka tampan tersebut.

Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Terdahulu, kecoh di media sosial Mimi mengakui hubungan cintanya dengan Syafiq telah berakhir dan ketemu titik noktah.

Bagaimanapun sehingga kini, diaju apakah punca perpisahan itu berlaku, Mimi dilihat enggan mengulas panjang dan tidak mahu mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kembali Bercinta?

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...