February 11th, 2020

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Dai’ Farhan pernah menjadi bualan hangat ramai apabila dia didakwa curang dan berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya (kini bekas isteri).

isteri puji da'i farhan macho

Terbaru, isterinya Norainul Naqim atau lebih dikenali sebagai Erin menerusi akaun Instagramnya memuat naik  foto dia berjumpa dengan bekas isteri Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain.

Kedua-dua wanita itu saling berpelukan mesra dan ia telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Menerusi satu lagi foto,  Farhan juga turut kelihatan bersama.

bekas isteri da'i farhan

Erin bertemu bekas madu

bekas isteri da'i farhan dr erin bekas madu berbaik dr erin bekas madu

Erin berkata suaminya begitu matang menguruskan rumah tangga. Sebelum ini, wanita itu mengakui dia  seorang anti poligami dan lebih rela menjanda dari berkongsi suami. Namun, Farhan mampu mengubah persepsinya mengenai poligami.

Memaafkan itu sunnah

bekas isteri da'i farhan

Dalam pada itu, Fatin menerusi akaun Instagramnya berkata dia mahu menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Oleh itu, dia memilih untuk memaafkan, enggan terus dibayangi kisah lalu.

Terdahulu, Farhan dan Fatin telah bercerai pada 3 Disember lalu dengan talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Sumber Berita : Media Hiburan


9 responses to “Kongsi Foto Berpelukan Mesra, Erin Dan Bekas Isteri Da’i Farhan Berdamai”

  1. Anonymous says:

    fatin, seorang yang sangat baik, tenang & rasional. Apa2 pon anak2nya tetap berbapakan farhan. demi tidak memutuskan ikatan anak dan bapa, bekas isteri bertindak rasional. memaafkan demi anak2. moga fatin bertemu jodoh yang lebih baik dan bahagia.

  2. cikgu says:

    bagus la memaafkan. tp utk rujuk kembali harap ustazah fatin fkirlah dalam2. k, awk akn jdi no 2 nnti. lihat dorg terlebih mesra awk mungkin akn cemburu nnti. xpsl nnti dpt dosa. klu lg bgus jdi single mom mohon lah pada Allah byk2 di permudahkan segala jalan. k,

  3. Zura says:

    Ketahian apakah ini?Kalau Farhan tu manusia terbaik untuk persoalan poligami,kenapa dijandakan Fatin tu dalam keadaan sarat mengandung?Awal2 lagi dah failed.Orang yang layak dapat kredit atas kesabaran & redha dengan ujian adalah Fatin,bukan kau la bitch.

  4. Anonymous says:

    Sekurang2nya bekas istrrinya sdh senang hati terlepas dari laki durjana dan dapat juga bini penipu, pencuri pembohong.

    Fatin bekerja guna sijil tulin dia bukan bogus bini mutawif dan mutawif itu penipu, pembohong pencuri

  5. yummy says:

    para wanita patut mencontohi sikap terpuji macam ni…baru la aman dunia dan akhirat..

Loading...