Kongsi Foto Berpelukan Mesra, Erin Dan Bekas Isteri Da’i Farhan Berdamai

Hiburan

Kongsi Foto Berpelukan Mesra, Erin Dan Bekas Isteri Da’i Farhan Berdamai

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Dai’ Farhan pernah menjadi bualan hangat ramai apabila dia didakwa curang dan berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya (kini bekas isteri).

isteri puji da'i farhan macho

Advertisement

Terbaru, isterinya Norainul Naqim atau lebih dikenali sebagai Erin menerusi akaun Instagramnya memuat naik  foto dia berjumpa dengan bekas isteri Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain.

Kedua-dua wanita itu saling berpelukan mesra dan ia telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Menerusi satu lagi foto,  Farhan juga turut kelihatan bersama.

bekas isteri da'i farhan

Erin bertemu bekas madu

bekas isteri da'i farhan dr erin bekas madu berbaik dr erin bekas madu

Erin berkata suaminya begitu matang menguruskan rumah tangga. Sebelum ini, wanita itu mengakui dia  seorang anti poligami dan lebih rela menjanda dari berkongsi suami. Namun, Farhan mampu mengubah persepsinya mengenai poligami.

Memaafkan itu sunnah

bekas isteri da'i farhan

Dalam pada itu, Fatin menerusi akaun Instagramnya berkata dia mahu menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Oleh itu, dia memilih untuk memaafkan, enggan terus dibayangi kisah lalu.

Terdahulu, Farhan dan Fatin telah bercerai pada 3 Disember lalu dengan talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...