Sebelum ini, kemelut rumah tangga Dai’ Farhan pernah menjadi bualan hangat ramai apabila dia didakwa curang dan berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya (kini bekas isteri).
Terbaru, isterinya Norainul Naqim atau lebih dikenali sebagai Erin menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto dia berjumpa dengan bekas isteri Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain.
Kedua-dua wanita itu saling berpelukan mesra dan ia telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Menerusi satu lagi foto, Farhan juga turut kelihatan bersama.
Erin bertemu bekas madu
Erin berkata suaminya begitu matang menguruskan rumah tangga. Sebelum ini, wanita itu mengakui dia seorang anti poligami dan lebih rela menjanda dari berkongsi suami. Namun, Farhan mampu mengubah persepsinya mengenai poligami.
Memaafkan itu sunnah
Dalam pada itu, Fatin menerusi akaun Instagramnya berkata dia mahu menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Oleh itu, dia memilih untuk memaafkan, enggan terus dibayangi kisah lalu.
Terdahulu, Farhan dan Fatin telah bercerai pada 3 Disember lalu dengan talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.

nana
February 12, 2020 at 11:42 am
“zaujaku mampu menjawab soalan poligami sehingga terbuka hati”…..ALALALALA…kalau betul la power kenapa ex wife dia tak nk bermadu? sbb tamak? sbb zauja kau hensem? SEBAB EX WIFE DIA LEBIH TAHU KEMAMPUAN SUAMI DIA!!!!! dah la tak mampu dr segi kewangan, pastu jenis jantan tak nk dgr pandangan bini, jenis jantan asal mampu seks makna mampu nikah lg. aku tak anti poligami, aku tak judge lelaki yg poligami. yg aku tak gemar suami org sanggup jd skandal perempaun lain sbb duit, jenis tipu bini, jenis dgn anak bini kedekut tp sibuk nak kawen lg, jenis jantan guna duit bini pastu acah2 berduit, last sekali jantan yg tak nk langsung dengar pandangan bini, guna agama untuk perkecilkan isteri. atas ni ciri2 jantan bodoh yg janda2 sengal dok cari sgt. berenti la drama setakat ckp semua HEBAT, time bg nafkah semua sekek walaupun hari2 makan duit bini.
Anonymous
February 12, 2020 at 11:17 am
Kannnn?? dah muak dgn manusia akhir zaman mcm 2 ekor ni. modus operandi yang sama dgn selebriti2 perampas yg penah terjadi kat malaysia ni.
Anonymous
February 12, 2020 at 11:12 am
manusia akhir zaman… terkedek2 nak raih publisiti dgn pos gambar2 camni… matlamat tak menghalalkan cara doktor penipu. Kalau tgk org alim ulamak, diorang tak dedahkan kisah peribadi kat social media, walaupun berbini 4. yang ni terhegeh2 la nak bersihkan nama balik agaknya. Masa mula2 nak merampas tu, why tak pergi jumpa peluk2 cmni? Dah dpt jantan dlm genggaman barulah sibuk nak melawat si bekas madu.