Gara-gara memuat naik foto beliau bercium dengan suaminya, Aliff Adha di Instagram, Sharifah Sakinah telah dikecam oleh peminat kerana mempamerkan aksi mesra tersebut kepada umum. Walaupun hubungan mereka sudah sah sebagai suami isteri, ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai untuk di kongsikan kepada khalayak ramai.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah peminat menyifatkan ia sebagai satu perkara yang romantik dan tidak salah untuk mereka tampil mesra kerana aksi tersebut bukanlah terlampau.
Kami faham peminat ini cukup prihatin dengan artis kesayangan mereka, tapi kami rasa mereka pun seharusnya sudah boleh fikir apa yang sesuai ataupun tidak untuk dikongsikan bersama peminat. Sharifah Sakinah pun memang cukup terkenal dengan perangai ting tongnya dan tak kisah dengan komen orang kan?