Pelakon Nora Danish semalam menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto baby bump beliau yang semakin besar. Nora memberitahu pengalaman mengandung kali kedua ini berbeza sekali dengan yang sebelum ini.
Nora sukar untuk mengawal selera makannya dan disebabkan itu berat badannya telah naik sebanyak 10 kilogram sejak hamil. Mungkin ada sesetengah artis yang kurang gemar badan kelihatan berisi, tetapi Nora pula gembira dengan keadaan badannya itu asalkan anaknya didalam kandungan sihat.
17 weeks to go. Definitely a different experience than the first one. Ney Ney is so active , Ney Ney would wake me up in the middle of the night when Ney is hungry. So it’s hard for me to control my food sometimes. I gained 10kgs from this pregnancy ( for now ) . As long as my baby is healthy , mommy is more than happy to carry these weights. Because Ney moves a lot all the time,It feels like Ney is dancing inside me. Hehe. #nenojr
Meskipun bakal bersalin pada bulan Mac tahun depan, Nora dan suaminya, Nedim Nazri belum lagi mendedahkan jantina anak mereka. Ini merupakan anak sulung Nora dan Nedim bersama.
Sebelum ini, Nora mempunyai seorang anak lelaki Putra Rayqal yang kini sudah berusia 8 tahun bersama bekas suaminya Jejai. Nedim juga merupakan bapa kepada seorang anak lelaki, iaitu Nedrin yang berumur 5 tahun hasil perkahwinan terdahulu.