Pelakon Nabila Huda nampaknya ada mengemas kini laman Instagram miliknya baru-baru ini yang ternyata telah menarik perhatian netizen. Mana tidaknya, dalam entri terbarunya itu, Nabila tampil mengenakan kain batik sambil bergambar di tepi pantai disyaki sekitar kawasan perkampungan di Dungun, Terengganu.
Pelakon filem Munafik itu kelihatan anggun dan cantik dalam persalinan kain batik kerana kelihatan klasik seperti wanita melayu terakhir.
Dalam kapsyen foto tersebut, terlihat juga nama Janna Nick yang di’tugas’kan untuk mengambil foto Nabila Huda pada ketika itu.
Netizen yang mengikuti perkembangan Nabila Huda di Instagram rata-rata memuji penampilannya yang kelihatan cantik seperti wanita melayu terakhir.
Nabila Huda kini dilaporkan sedang berada di Terengganu atas sebab tuntutan kerja iaitu sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama di bawah produksi pelakon Janna Nick.

Siti Covida
August 19, 2020 at 10:25 am
Perempuan Melayu Terakhir takde nya berkemban….kena jaga adab dan tatasusila serta kesopanan
anon
August 18, 2020 at 10:41 pm
Perempuan melayu kena ayu sikit, mata kena intai2 kamera je n yg penting x mendada..in my opinion la
Junaidi Syarif
August 18, 2020 at 7:27 pm
SO PRETTY