Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

Hiburan

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

Biarpun tidak lagi reda kisah saman-menyaman melibatkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Nor Hidayah sekitar minggu lalu, kini kembali hangat apabila Ali khabarnya tampil menjemput netizen yang tidak berpuas hati untuk bersemuka dengannya.

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

Advertisement

Perkara itu tercetus selepas netizen terus mengecam dan menyalahkan tindakan Ali membalas saman terhadap kakak iparnya.

Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Ali tidak ketinggalan memuat naik gambar alamat rumah yang tertera di kad pengenalan miliknya. Malah, beliau juga turut membalas komen netizen dengan mengatakan jika tidak tahu hal sebenar tidak perlu masuk campur.

“Jemput tuan tuan dan puan puan.”

Dedah Ali, andai ada perkara yang hendak dibincangkan susulan segala perkara yang berlaku, pihak netizen boleh menjenguknya secara depan-depan dan tidak perlu menambah dosa mencaci hina di laman sosial.

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

Terdahulu, Ali mengejutkan ramai pihak apabila beliau bertindak mengemukakan saman balas  kepada Hidayah namun mengakui perkara itu dilakukannya bukan disebabkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya yang tercemar berikutan kontroversi yang berlaku. Bagaimanapun, beliau juga langsung tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah untuk maruah keluarga.

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka

Sekadar informasi, Hidayah terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya. Menurut pihak Hidayah, saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...