Konflik Tarif Trump : Kos Sebenar Beg Mewah Hermès Hanya RM6000, Influencer China Bongkar Realiti Industri Fesyen

Trending

Konflik Tarif Trump : Kos Sebenar Beg Mewah Hermès Hanya RM6000, Influencer China Bongkar Realiti Industri Fesyen

Sejak kebelakangan ini, ramai influencer China di TikTok tampil membuat pendedahan susulan perang tarif yang dimulakan Presiden US, Trump sekaligus menarik perhatian ramai di seluruh dunia apabila beliau mendedahkan rahsia di sebalik industri fesyen mewah global.

Dalam video yang kini mendapat jutaan tontonan, influencer tersebut — yang mendakwa dirinya merupakan pengusaha Original Equipment Manufacturer (OEM) bagi pelbagai jenama fesyen antarabangsa — membongkar realiti mengejutkan tentang kos sebenar pembuatan produk-produk mewah, khususnya beg tangan ikonik Hermès Birkin.

Advertisement

Menurut beliau, walaupun sebuah beg Hermès Birkin asli dijual pada harga sekitar $38,000 USD (kira-kira RM180,000) seunit, kos sebenar untuk menghasilkan beg tersebut hanyalah sekitar $1,400 USD (lebih kurang RM6,500).

Malah, versi beg yang sama — tanpa logo jenama Hermès — boleh dibeli terus dari kilang pada harga serendah $1,000 USD.

hermes influencer china

Pendedahan itu turut menyatakan bahawa walaupun menggunakan bahan premium dari Itali dan Perancis, kos pembuatan beg mewah tersebut tidak melebihi 10% daripada harga jualan. Selebihnya hanyalah nilai jenama yang terbina melalui reputasi dan status sosial.

Satu Kilang, Pelbagai Jenama Mewah

Lebih mengejutkan, influencer itu turut mendedahkan bahawa kilangnya bukan sahaja menghasilkan produk untuk Hermès, malah pernah menjadi OEM kepada beberapa jenama mewah terkenal lain seperti Gucci, Prada, dan Coach.

Dalam perkongsian itu, beliau meluahkan rasa kesal terhadap realiti industri, di mana tukang-tukang mahir di China hanya menerima bayaran gaji biasa walaupun menghasilkan barangan mewah yang dijual pada harga berlipat kali ganda di pasaran global.

tarif trump

Syarikat-syarikat Barat pula, menurutnya, meraih keuntungan besar hasil daripada strategi penjenamaan seperti pelabelan “Made in France” atau “Made in Italy”.

Pendedahan ini sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial tentang nilai sebenar barangan mewah dan kesedaran pengguna terhadap latar belakang penghasilan produk yang dibeli.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Donald Trump Tangguh Tarif Ke Atas Kebanyakan Negara Selama 90 Hari
5 days ago

Trump Tangguh Tarif 90 Hari Tapi Terus ‘Tekan’ China Dengan Kenaikan Sehingga 125%

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...