Selepas timbul isu rakaman semula lagu ikonik Sinaran tanpa rundingan rasmi, penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila Datuk Seri Rossa menghubunginya secara peribadi bagi menjernihkan keadaan.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata, panggilan daripada penyanyi tersohor Indonesia itu menunjukkan sikap profesional dan keprihatinannya terhadap isu yang tular baru-baru ini.
Saya baru saja mendapat panggilan dari Rossa. Sebagai penyanyi, Oca (panggilan buat Rossa) sangat faham dan memberi kerjasama untuk isu ini.
Alhamdulillah, saya sangat terharu dan hormat kepada Rossa kerana mengambil berat serta sudi menelefon saya untuk menjelaskan tentang isu ini,” katanya menerusi InstaStory.
Menurut pelantun lagu Hanyalah Satu itu, Rossa turut menyatakan harapan agar pihak Nora memperoleh hak sewajarnya berkaitan lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi bersama Allahyarham Adnan Abu Hassan.
Dia juga berharap agar saya mendapat hak saya. Terima kasih Rossa.
Terdahulu, Rossa menjadi perhatian selepas memuat naik video teaser EP terbaharunya, Asmara Dansa, yang memaparkan versi baharu lagu Sinaran dengan kolaborasi bersama penyanyi rap MK K-Clique.
Rakam Balik Lagu Sinaran, Datuk Nora Tempelak Rossa – “Siapa Beri Keizinan? Tu Harta Anak Yatim”
Susulan itu, Nora tampil mempersoalkan tindakan Rossa yang dikatakan merakam semula lagu tersebut tanpa rundingan rasmi dengan pewaris asal karya berkenaan.
Nora sebelum ini turut menegaskan bahawa isu keizinan dan pembayaran royalti bukan semata-mata soal hak cipta, tetapi turut melibatkan kebajikan serta masa depan waris karyawan seni yang telah meninggal dunia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.