Untuk info ramai, ketegangan yang berlaku di Asia Barat semakin menjadi-jadi, lagi-lagi apabila Iran serta Israel melancarkan gelombang serangan baru pada hari keenam konflik bersenjata.
Sedang pertimbangkan campur tangan tentera AS
Susulan itu, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump memaklumkan dirinya sedang pertimbangkan tentang kemungkinan campur tangan tentera AS dalam konflik ini.
Difahamkan, pihak Israel telah melancarkan serangan udara ke atas kemudahan pengayaan uranium dan tapak peluru berpandu di barat Iran, termasuk serangan ke atas pengeluaran kepala peledak di Natanz dan Karaj.

Dalam pada itu, negara Iran pula menyerang Israel dengan 400 peluru berpandu serta ratusan dron, di mana kesemua itu disasarkan ke kawasan infrastruktur serta kediaman di Tel Aviv dan Baitulmaqdis.
Trump minta Iran ‘berserah tanpa syarat’
Trump ada memuat naik kenyataan di media sosial dengan menuntut ‘penyerahan tanpa syarat’ daripada Iran serta memberi amaran bahawa AS menguasai sepenuhnya ruang udara Iran.
Bukan itu saja, bahkan beliau berkata Ayatollah Ali Khamenei merupakan ‘sasaran mudah’ tetapi kini tiada rancangan untuk membunuhnya ‘buat masa ini’.