Kondominium Pelangi Mall Bergegar, Turut Rasa Gegaran Selama 10 Saat

Trending

Kondominium Pelangi Mall Bergegar, Turut Rasa Gegaran Selama 10 Saat

03gempazz.transformed_0

Lebih kurang seramai 50 penduduk di sekitar Taman Medan, PJS 1, PJS 2, PJS 3 dan PJS 5 di sini turut merasa kesan dari gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Sumatera malam tadi.
Laporan dari Harian Metro juga menyebut, ada segelintir penduduk yang mendakwa merasai gegaran kira-kira 10 malam tadi.

Advertisement

Laporan itu turut berkata, seorang penduduk Aidil Putra Hamzah, 25, memberitahu dia ada merasai gegaran sebaik turun dari lif di rumahnya di tingkat 11 untuk membeli makanan.

Menurut beliau, gegaran itu berlaku dalam tempoh 10 saat dan dia terkejut dengan kejadian itu kerana menyangkakan gempa bumi.

Memang rasa pening masa berlaku kejadian itu tapi sekarang sudah okay, sekejap saja gegaran itu,” katanya.

Di Kota Bharu pula, kira-kira 100 penghuni kondominium di Pelangi Mall terkejut apabila bangunan tersebut bergegar, dipercayai kesan dari gempa bumi tersebut.

Mereka berhimpun di luar kondominum berkenaan kira-kira jam 9.15 malam sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang penghuni, P Kalbana, 32, yang juga wartawan NST, berkata beliau berada di kediamannya ketika gegaran itu berlaku.

Ketika itu saya sedang minum dan saya lihat gelas di atas meja bergoyang. Ia berlaku dalam 30 saat dan apabila saya keluar dari kondominium itu saya dapati ramai orang sudah berkumpul di luar,” katanya yang tinggal di tingkat 12.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Zaini Bidin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.38 malam tadi.

Pihak kami membuat pemeriksaan di bangunan itu dan dapati semua penghuni sudah keluar dari kediaman masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, kenyataan dari Met Malaysia menyebut, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor dan Johor. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami di Malaysia.

Screen Shot 2016-03-03 at 12.19.27 AM

Dalam perkembangan lain, Met Malaysia turut mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat satu lagi gegaran bermagnitud 5.0 Selatan Sumatera, 1125KM selatan Port Dickson. Gempa itu berlaku pada 11.12 malam tadi.

Screen Shot 2016-03-03 at 12.22.10 AM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...