Tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah atau golongan B40 sering kali ada pelbagai permasalahan seperti budaya ‘cop parking’, kebersihan tak dijaga, vandalisme dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular tentang sikap segelintir penduduk kondominium mewah yang tidak menjaga kebersihan dan tidak bertanggungjawab.
Menerusi hantaran di Twitter, para penduduk kondominium tersebut telah membuat aduan tentang perangai segelintir daripada mereka yang selamba membuang tuala wanita dan kondom terpakai.
Difahamkan, keadaan itu telah berlaku sejak setahun yang lepas dan sehingga kini pelaku masih belum tertangkap membuatkan ramai jiran berang.
The residents at a high end #condominium in KL are at their wit's end over the #menstrual pads that are been thrown out of the window and landing near neighbours floors. The issue has been going for a year and the condo #management has not been able to catch the culprit/s – ?net pic.twitter.com/JKGlEDvmdo
— Kuala Lumpur Reporter ?? (@KL_Reporter) January 21, 2023
Ramai penduduk tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan kondominium masih gagal untuk mengesan pihak yang melakukan tindakan tidak bermoral sebegitu.
Rata-rata netizen yang melihat gambar di hantaran itu mengkritik tindakan si pelaku yang tidak mempunyai ‘common sense’ dan menyusahkan orang lain.
Bukan itu sahaja, segelintir daripada mereka akui tidak sangka masalah sebegitu turut berlaku di kondominium mewah yang didiami golongan berpendapatan tinggi.