Komuniti Wanita New Zealand Pakai Hijab Jumaat Ini Tanda Sokongan Kepada Muslim Christchurch

Trending

Komuniti Wanita New Zealand Pakai Hijab Jumaat Ini Tanda Sokongan Kepada Muslim Christchurch

Scarves in Solidarity di Facebook adalah gerakan persendirian yang mewar-warkan pemakaian tudung bagi komuniti wanita di New Zealand tidak kira agama pada hari Jumaat ini sebagai simbol sokongan dan penghormatan kepada masyarakat Muslim di Christchurch pada 22 Mac ini.

Advertisement

Pergerakan #headscarfforharmony ini bertujuan menyokong dan mengakui kesakitan masyarakat Islam yang menderita dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Salah seorang daripada kumpulan tersebut berkata mereka mahu tunjukkan rasa cinta dan sokongan mereka terhadap tragedi yang menimpa sehingga menyebabkan kehilangan 50 orang mangsa terdiri daripada seorang ibu, ayah, anak dan kawan semasa serangan tembakan itu berlaku.

Idea ini tercetus daripada seorang doktor Thaya Ashman yang telah lama mendekati masyarakat Muslim ini sejak beliau berkecimpung dalam misi sukarelawan sebagai doktor di Afghanistan.

 

 

 

Wakil masyarakat Islam di sana telah menyambut baik cadangan dan rasa tersentuh dengan usaha yang ingin dijalanakan oleh kumpulan berkenaan.

Ikhlaq Kashkari sebagai Presiden Persatuan Muslim di New Zealand turut menyokong cadangan tersebut dan yakin ia adalah satu idea yang hebat.

Oleh itu, seluruh rakyat New Zealand digalakkan untuk berkumpul bersama rakan-rakan serta ahli keluarga dan berkongsi gambar di media sosial dengan menggunakan hastag #headscarfforharmony sebagai tanda sokongan.

 

Sumber: Stuff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...