Komuniti Orang Asli Di Pahang Terima Dana Sumbangan ‘Derma Dengan Ikhlas’

Hiburan

Komuniti Orang Asli Di Pahang Terima Dana Sumbangan ‘Derma Dengan Ikhlas’

Ramadan kali ini membawakan keceriaan kepada kira-kira 1,700 ahli keluarga Orang Asli dari Jerantut dan Temerloh, Pahang yang menjadi penerima dana sumbangan ‘Derma Dengan Ikhlas’. Untuk makluman, ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah satu inisiatif derma digital awam yang dijalankan oleh IKHLAS bagi memupuk semangat menderma pada bulan Ramadan ini.

Pelbagai bantuan makanan diberikan kepada setiap keluarga seperti bantuan makanan berupa beras, gula, tepung, minyak masak, mi segera, kopi dan teh, pelbagai biskut dan makanan dalam tin.

Advertisement

A group of people standing in the grass Description automatically generated

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami merafak sembah dan menjunjung kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerana titah baginda telah memberi kami inspirasi dan dorongan untuk memperluaskan rangkaian program amal bulan Ramadan kami dengan membantu masyarakat Orang Asli.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah bergabung tenaga menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga yang kurang bernasib baik, pasukan barisan hadapan dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini. Terutamanya kepada kolaboratar utama iaitu Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah yang telah memainkan peranan penting terhadap kempen ini.

Usaha diteruskan sepanjang Ramadan

A group of people standing in front of a crowd Description automatically generated

Inisiatif IKHLAS diharapkan dapat meneruskan usaha untuk mengedar lebih banyak barangan keperluan asas di seluruh negara. Projek ini juga disokong oleh pelbagai badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Tempatan Daerah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk menghantar barangan keperluan asas kepada komuniti Orang Asli, dengan ihsan pengangkutan udara oleh Charter Group Aero Sdn Bhd.

A group of people walking down a dirt road Description automatically generated

Setakat ini sahaja, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah menerima dana sebanyak RM759,000 melalui inisiatif derma digital awam ini. Kempen yang disasarkan pada bulan Ramadan ini mula mengedarkan barangan keperluan asas bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa.

Juadah berbuka puasa turut diagihkan bersama-sama keperluan asas kepada lebih 3,700 buah keluarga dan 19,050 individu di pelbagai lokasi. Antaranya di termasuk Lembah Klang, Melaka, Kota Kinabalu, Labuan, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Marang, Besut, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Kangsar dan lain-lain. Malah, kempen ini akan dipanjangkan ke kawasan lain sepanjang bulan Ramadan ini.

A person standing in front of a store Description automatically generated

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.Ikhlas.com.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com atau melalui laman sosial di Instagram dan Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...