Komputer Riba Paling Mesra Bajet, HUAWEI MateBook D 15 Cuma RM2,499

Hiburan

Komputer Riba Paling Mesra Bajet, HUAWEI MateBook D 15 Cuma RM2,499

Salah satu trend terkini apabila kita memilih komputer riba/laptop ialah ia perlu lebih nipis dan lebih ringan. Rata-rata syarikat teknologi gergasi cuba memenuhi permintaan pengguna dengan membuat produk mereka lebih nipis dan lebih ringan, namun sayangnya, harga yang ditawarkan terlalu MAHAL. Nipis dah nipis, ringan dah ringan, cantik dah cantik, tetapi bila tengok harga jualan, memang boleh menangis air mata darah dibuatnya.

Namun mimpi anda untuk memiliki komputer riba dengan kesemua ciri-ciri di atas akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila HUAWEI mengumumkan HUAWEI MateBook D 15 dengan harga yang cukup menggiurkan iaitu RM2,499 sahaja.

Advertisement

HUAWEI MateBook D 15

Ok jom kita tengok lebih dengan mendalam kualiti-kualiti hebat HUAWEI MateBook D 15 ini:-

Seringan 1.53kg & Senipis 16.9mm

HUAWEI MateBook D 15

Direka untuk mudah dibawa ke mana-mana, HUAWEI MateBook D 15 mempunyai berat HANYA 1.53kg dengan ketebalan senipis 16.9mm. Memang sesuai untuk para pelajar, mereka yang suka melancong serta anda yang suka bekerja di luar pejabat. Confirm tak akan sakit bahu punyalah!

Skrin 15.6 inci dengan paparan HD FullView

HUAWEI MateBook D 15

Paparan HD FullView sudah lama digunakan di dalam telefon pintar, dan HUAWEI telah membawa teknologi ini untuk HUAWEI MateBook D 15 keluarannya. Dengan resolusi 1980 x 1080 pada skrin sebesar 15.6 inci ini, anda pasti akan puas hati dengan kebesaran visual yang boleh ditonton menerusinya. Untuk makluman, ratio screen-to-body HUAWEI MateBook D 15 ini adalah sebanyak 87%, jadi anda boleh akses lebih banyak maklumat tanpa perlu “scroll” skrin. Ini pasti akan memudahkan lagi kerja anda seperti membuat pembentangan dengan PowerPoint, menulis kerta kerja dan melakukan penyuntingan video.

Selain itu, paparan skrin komputer riba ini juga diiktiraf menggunakan “low blue light” oleh TÜV Rheinland . Ini bermakna “blue light” akan diasingkan, sekaligus mengelakkan mata kita daripada terkena radiasi berbahaya. Jadi bolehlah filem atau drama kat NetFlix berjam-jam tanpa perlu risau rosakkan mata. Ini merupakan teknologi canggih yang tidak dapat di siri Apple MacBook.

Kolaborasi multi-screen yang amat MUDAH

HUAWEI MateBook D 15

Sekiranya anda juga merupakan pengguna telefon pintar HUAWEI, maka anda pasti sangat gembira dengan fungsi “multi-screen collaboration” ini. Ia membolehkan HUAWEI MateBook D 15 dan telefon pintar HUAWEI anda berkongsi satu skrin, di mana anda boleh bertukar-tukar fail dengan mudah, memindahkan gambar dari telefon ke laptop dan melihat apa yang disimpan di dalam telefon secara terus di HUAWEI MateBook D 15. Fungsi “multi-screen collaboration” ini menyelesaikan masalah pemindahan fail di antara Android dan Windows.

HUAWEI MateBook D 15

Dengan fungsi ini juga, anda boleh menjawab panggilan telefon menggunakan komputer riba, sekaligus memastikan anda tidak terganggu dengan telefon pintar anda. Maka anda akan lebih fokus melakukan kerja dengan HUAWEI MateBook D 15 ini. Paling penting, anda boleh main game macam PUBG, Mobile Legends atau COD Mobile dengan skrin yang lebih besar. Confirm puas hati punyalah!!!

HUAWEI MateBook D 15

Charger yang muat dalam poket

HUAWEI MateBook D 15

Hadir dengan charger 65W USB-C, HUAWEI MateBook D 15 boleh dicas ke 53% dalam tempoh 30 minit sahaja. Lebih menarik, charger HUAWEI MateBook D 15 ini boleh muat ke dalam poket anda, tidak seperti charger komputer riba jenama lain yang besar dan berat. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk memindahkan data dari komputer riba ke telefon pintar HUAWEI anda dengan pantas.

Kamera “tersembunyi”

HUAWEI MateBook D 15

Kebiasannya komputer riba mempunyai kamera yang diletakkan di skrin. Namun HUAWEI MateBook D 15 tampil dengan kelainan dengan kamera “tersembunyi”nya. Terletak di papan kekunci, kamera ini boleh dibuka dan ditutup dengan satu picitan sahaja. Memang sangat unik, menarik dan selamat. Tak ada lagi masalah kamera diakses dan di”hack” oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Storan besar & prestasi pantas

HUAWEI MateBook D 15

Kehebatan HUAWEI MateBook D 15 tidak dapat disangkal lagi apabila ia menggabungkan penggunaan 2 cakera keras iaitu 256GB SSD dan 1TB HDD untuk lebih kuasa dan lebih pantas. Tiada masalah tersangkut-sangkut, tiba-tiba skrin tak bergerak atau main game “lag”. Untuk makluman, HUAWEI MateBook D 15 dijana dengan AMD Ryzen 5 3500U, selain turut menyertakan sokongan GPU AMD Radeon Vega 8 yang membolehkan anda melakukan kerja dan bergembira tanpa sebarang masalah.

Wany Hasrita pun guna


Power jugak Wany Hasrita buat review HUAWEI MateBook D 15 ini. Terus terasa nak beli selepas tengok betapa terujanya penyanyi ini bercerita tentang kehebatan komputer riba ini. Korang layan video kat atas ini. Lengkap sungguh penjelasan Wani Hasrita.

HUAWEI MateBook D 15

Sesungguhnya dengan harga RM2,499, HUAWEI MateBook D 15 yang telah mula dijual bermula hari ini (18 Januari) adalah pilihan yang paling tepat, jimat dan berbaloi sekiranya anda ingin membeli komputer riba baru bersempena tahun 2020 ini.

Confirm tak ada komputer riba lain yang boleh menandinginya daripada segi kualiti dan harga yang ditawarkan. Sebagai kesimpulan, komputer riba siri Apple Macbook pun tidak mampu untuk memberikan segala fungsi, kualiti dan teknologi seperti yang ada pada HUAWEI MateBook D 15 dengan harga yang begitu mesra bajet. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HUAWEI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...