Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Dilaporkan Sedang Kritikal

Komposer  terkenal dan merupakan bekas pengajar Akademi Fantasia, Datuk Adnan Abu Hassan kini dilaporkan sedang kritikal akibat serangan angin ahmar, diabetes dan buah pinggang yang gagal berfungsi.

Bergantung kepada alat pernafasan sahaja buat masa ini, Adnan kini berada di ICU Hospital Selayang dan para doktor mengesahkan beliau dalam keadaan tenat. Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas Sdn Bhd, Sham Amir Hussain .

Advertisement

Adnan menghidap kencing manis dan darah tinggi. Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat.

Adnan banyak bekerja dengan nama-nama besar seperit Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Sheila Majid, Misha Omar dan ramai lagi.

Antara lagu hits beliau ialah  Bunga-Bunga Cinta yang dipopularkan oleh Misha Omar dan Janji Manismu nyanyian Aishah.

Advertisement

Kami di BeautifulNara berharap keluarga Datuk Adnan Abu Hassan bersabar dengan dugaan ini. Sama-sama kita doakan beliau masih mempunyai peluang untuk sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top