Kompleks PKNS Shah Alam Kini Berwajah Baharu

Trending

Kompleks PKNS Shah Alam Kini Berwajah Baharu

Untuk warga Shah Alam atau pelajar-pelajar sekitar kawasan itu pastinya sering berkunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam ini. Sebelum Aeon Mall Shah Alam wujud, rata-rata yang ingin membeli-belah, makan dan sebagainya di Shah Alam pasti akan berkunjung ke sini.

Kini atas usaha syarikat kerajaan negeri Selangor PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), bangunan yang sudah berusia 40 tahun itu telah berwajah baharu.

PREC memaklumkan perubahan yang dilakukan adalah demi memastikan kompleks ini kekal relevan dan memenuhi keperluan orang ramai.

Advertisement

Kredit: Utusan

Transformasi positif ini turut dikongsikan di Twitter Media Selangor yang mendapat reaksi positif dari orang ramai terutamanya mereka yang pernah berkunjung.

Disini kami kongsikan transformasi yang telah dilakukan pada bangunan yang telah wujud sejak era 80-an ini.

Penambahbaikan surau

Surau baru yang dinamakan sebagai Musolla Al-Kauthar mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah pada satu masa. Lihat saja lah rekaan yang berkonsepkan industrial ini yang sememangnya nampak moden dan menarik.

Medan selera

[email protected] akan mula beroperasi pada bulan Ogos 2019 sebagai medan selera yang baru. Konsepnya lebih hipster dan pastinya akan menarik perhatian golongan muda untuk ber-ootd (outfit of the day) nanti.

Selain medan selera ini, tempat rekreasi seperti futsal, playground dan rock climbing juga akan berada di tingkat empat ini.

Tandas berhawa dingin

Untuk mereka yang pernah berkunjung pastinya tahu bagaimana keadaan tandas sebelum ini. Kini tandas yang direka turut dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan pengguna.

Kemudahan yang lain juga dinaiktaraf seperti ruang menunggu, ruang wuduk mesra OKU dan warga emas, tandas serta bilik untuk menyiapkan bayi.

Untuk mereka yang sering berkunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam ini dulu, boleh lah berkunjung semula untuk melihat transformasi baru ini.

Sebelum ramai yang serbu jom kita ramai-ramai pergi dulu hujung minggu ini!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.