Untuk warga Shah Alam atau pelajar-pelajar sekitar kawasan itu pastinya sering berkunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam ini. Sebelum Aeon Mall Shah Alam wujud, rata-rata yang ingin membeli-belah, makan dan sebagainya di Shah Alam pasti akan berkunjung ke sini.
Kini atas usaha syarikat kerajaan negeri Selangor PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), bangunan yang sudah berusia 40 tahun itu telah berwajah baharu.
PREC memaklumkan perubahan yang dilakukan adalah demi memastikan kompleks ini kekal relevan dan memenuhi keperluan orang ramai.

Kredit: Utusan

Disini kami kongsikan transformasi yang telah dilakukan pada bangunan yang telah wujud sejak era 80-an ini.
Penambahbaikan surau


Medan selera



Selain medan selera ini, tempat rekreasi seperti futsal, playground dan rock climbing juga akan berada di tingkat empat ini.
Tandas berhawa dingin


Kemudahan yang lain juga dinaiktaraf seperti ruang menunggu, ruang wuduk mesra OKU dan warga emas, tandas serta bilik untuk menyiapkan bayi.
Untuk mereka yang sering berkunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam ini dulu, boleh lah berkunjung semula untuk melihat transformasi baru ini.
Sebelum ramai yang serbu jom kita ramai-ramai pergi dulu hujung minggu ini!