Kompleks JKKN Sabah: Rekabentuk Ilham Ciri Rumah Tradisional Etnik Sabah

Trending

Kompleks JKKN Sabah: Rekabentuk Ilham Ciri Rumah Tradisional Etnik Sabah

Oleh: Noorariza Mohd Azahari

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah ialah salah sebuah program di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah rizab di Batu 2 Jalan Penampang seluas 1.3 hektar pada 04 Oktober 2001 untuk pembinaan Kompleks JKKN Sabah.

Advertisement


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PhotobucketKompleks ini mula dibina pada 13 Disember 2007 yang perlu disiapkan pada 20 Mei 2009. Reka bentuk kompleks ini diilhamkan dari konsep ciri-ciri rumah tradisional etnik Sabah. Struktur bumbungnya daripada etnik Bonggi dan perabungnya menerapkan motif etnik Bajau Semporna dan Iranun yang dikenali sebagai Tudjah dan Layang-layang. Gabungan pelbagai motif yang menghiasi keseluruhan ruang bangunan ini ialah dari etnik Kadazan Dusun-Murut.

Struktur dinding dan pintu gerbangnya menggambarkan rumah panjang etnik Rungus. Tingkap kaca yang diimport dari Australia bermotifkan bunga Rafflesia adalah bunga terbesar di Asia Tenggara terdapat di Kundasang.

KEMUDAHAN

Bangunan Kompleks JKKN Sabah terbahagi kepada 3 blok iaitu Blok Pentadbiran, Blok Auditorium dan Blok Latihan. Ianya menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penggiat seni dan budaya berserta masyarakat setempat menyemarakkan seni budaya tanah air khususnya di Negeri Sabah. Di antara kemudahan yang disediakan ialah :-
• Auditorium : 571 tempat duduk
• Bilik Seminar : 95 tempat duduk
• Studio Tari : 2 bilik
• Studio Teater : 1 bilik
• Studio Muzik : 1 bilik
• Bilik Audio Visual : 40 tempat duduk
• Gelanggang Gasing
• Pentas Terbuka
• Pusat Sumber
• Galeri
• Bilik Mesyuarat Badan Bukan Kerajaan

Bagi rakyat Sabah mahupun pelancong yang sekarang ini berada di negeri Sabah, Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah pada hari ini, 31 Mac 2012 (Sabtu) akan disempurnakan secara bersama oleh Datuk Seri Panglima Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Jalan Tasik, KM 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu. Terdapat pelbagai acara menarik menanti anda bermula 31 Mac hingga 1 April seperti persembahan pentas, drum line, permainan tradisi, pertandingan gasing, pencungkilan bakat nyanyian dan tarian ‘shuffle’, pertandingan gusti lengan serta banyak lagi.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKKN Sabah di talian 088 237052/051  atau layari www.jkkn.gov.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...