Kompaun RM1,000 Akan Dikenakan Kepada Mereka Yang Melanggar Arahan PKP Berkuatkuasa Hari Ini

Trending

Kompaun RM1,000 Akan Dikenakan Kepada Mereka Yang Melanggar Arahan PKP Berkuatkuasa Hari Ini

Bermula hari ini, mereka yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Selepas 23 hari rakyat Malaysia menjalani tempoh PKP, masih ada lagi segelintir pihak yang tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuatkuasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), pesalah diberikan tempoh masa 2 minggu untuk menjelaskan kompaun yang dikenakan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka diheret dan dituduh di mahkamah.

Advertisement

Ia akan digunakan kepada mereka yang didapati ingkar dalam tempoh semasa PKP ini dilaksanakan. Kompaun ditetapkan adalah RM1,000, kompaun ini tidak ada rayuan, seperti kesalahan trafik.

Bagi mereka yang tidak membayar RM1,000, pesalah tersebut boleh membuat permohonan untuk dibicarakan di mahkamah. Sebelum ini bayaran kompaun sebanyak RM150 hingga RM300 dikenakan kepada mereka yang mengingkari arahan PKP. Namun bermula hari ini, ianya telah dinaikkan kepada RM1,000.

Manakala, kompaun bagi kesalahan ingkar PKP tidak akan dikenakan semasa sekatan jalan raya sebaliknya mereka akan dibawa ke balai polis memandangkan hanya ibu pejabat polis daerah sahaja yang akan mengeluarkan kompaun itu. Kompaun itu hendaklah dibayar di pejabat Kementerian Kesihatan. Bagi kesalahan sama yang berulang, masih lagi dikenakan RM1,000.

Setakat semalam, kadar pematuhan PKP telah berada pada paras 97 peratus. PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 769 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 433,988 kenderaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...