“Komitmen Sangat Tinggi” – Tomok Enggan Terlalu Fokus Pada GV9, Nafi Isteri Dan Anak-Anak Terabai

Hiburan

“Komitmen Sangat Tinggi” – Tomok Enggan Terlalu Fokus Pada GV9, Nafi Isteri Dan Anak-Anak Terabai

Penyanyi Tomok menafikan kebajikan isteri dan anak-anaknya kini terabai setelah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-9.

Kata Tomok, dia tidak mahu terlalu fokus kepada kerjaya dan persaingannya dalam program berkenaan dan cuba untuk membahagikan masa dengan sebaik-baiknya di antara kedua-dua komitmen itu.

Advertisement

Bapa kepada tiga anak ini juga tetap ingin memberikan persembahan terbaik selain kekal bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Saya akan pastikan ada masa untuk fokus persediaan, selain memberikan perhatian kepada isteri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan.

GV menuntut komitmen yang sangat tinggi. Saya tidak mahu kerana terlalu fokus kepada GV, saya hilang tumpuan terhadap keluarga. Semua penting dan saling melengkapi.

Menganggap saingan di GV bukanlah tugas mudah, Tomok dalam konsert minggu ke-6 telah memperoleh kedudukan selesa setelah menerima markah tertinggi untuk persembahan lagu Everybody nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys.

“Saya tidak simpan taring untuk minggu terakhir kerana saya anggap setiap minggu adalah malam finale. Apa yang ada, saya bagi semua. Semua peserta hebat-hebat, jadi ia persaingan sihat untuk saya” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fatin Afeefa Adam Shahz
2 years ago

Buat Hantaran Fitnah Di IG, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Kuat Menipu, - "Move On Lah, 5 Tahun Dah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...