Bermula dengan hanya 8 orang murid pada tahun 2014 dan kini berkembang kepada lebih 400 orang, SSI Sekolah Islam Antarabangsa yang berprestij tinggi di Malaysia menggunakan kerangka Early Years Foundation Stage (EYFS) UK untuk kanak-kanak tadika dan UK National Syllabus untuk murid sekolah rendah.
SSI juga menggunakan IGCSE Cambridge untuk murid sekolah menengah, peringkat O Level dengan berfokuskan kepada tiga teras iaitu Pengajian Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
10 Tahun Bersama, SSI Meraikan Sedekad Pertubuhan
Sambutan yang berlangsung di pekarangan sekolah ini dihadiri oleh ibu bapa dan juga para pelajar bagi meraikan hari isitimewa ini bersama. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara yang dijalankan sepanjangan majlis berlangsung.
Antara acara yang telah memukau ramai tetamu yang hadir adalah pembukaan rasmi Pameran Tahunan 100 Heroes of Islam yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Haji Cheremi Tarman.
Pameran tersebut menampilkan kisah tokoh-tokoh Islam sejak dahulu hingga kini, dan dibuka untuk orang ramai.
Program Pembinaan Sahsiah Yang Unik Menjadi Intipati Utama
Selain pendidikan akademik yang berkualiti, SSI juga amat menitikberatkan sahsiah diri pelajar mereka. Oleh itu, SSI juga menawarkan program Pembinaan Sahsiah (Character Development Programme) yang turut menjadi sukatan utama pelajaran.
Program ini mampu memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran insaniah, memupuk jati diri dan kemahiran kepimpinan serta kestabilan emosi setiap pelajar.
Para pelajar bukan sahaja dapat menerima pendidikan akademik, malah mereka juga dapat mempelajari asas ibadah Islam sehingga kemahiran insaniah yang mampu membentuk akhlak mereka.
Penekanan SSI terhadap pendidikan holistik merupakan pelaburan dalam pembangunan modal insan. Ia mampu menyediakan pelajar untuk berjaya pada masa depan dalam pelbagai bidang profesional dengan memupuk pembangunan intelek, budaya dan agama.
Maklumat lanjut mengenai Seven Skies International School layari laman web rasmi SSI.