“Komited Buka Kembali” Genting SkyWorlds Theme Park Beroperasi Pertengahan 2021

Travel

“Komited Buka Kembali” Genting SkyWorlds Theme Park Beroperasi Pertengahan 2021

Pasti antara kita tidak sabar untuk kembali jalan-jalan atau melancong bersama yang tersayang selepas kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dibuka.

Berita gembira buat semua pengunjung taman tema kerana Genting Skyworlds yang terkenal dengan taman tema bertemakan filem akan kembali dibuka pada pertengahan tahun ini.

Advertisement

Umum mengetahui taman tema itu ditutup untuk proses renovasi dan telah membuat pelaburan sebanyak (+-RM3.2 bilion) untuk menaik taraf taman tema berkenaan.

Genting SkyWorlds direnovasi

Wakil Resort World Genting (RWG), Lee Thiam Kit, berkata mereka melihat pelaburan yang dibuat sebagai aset untuk menaikkan kembali ekonomi pelancongan negara.

“kami komited untuk membuka kembali taman tema ini sekiranya dibenarkan untuk beroperasi”.

wakil Resort World Genting

“Sekiranya dibuka, kami dapat menghasilkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan secara tidak langsung dapat menggalakkan sektor pelancongan buat Malaysia dan negeri Pahang”.

9 jenis tarikan yang bertemakan filem iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.

Harga tiket akan diumumkan sebelum tarikh rasmi dibuka.

Tak sabar rasanya nak pergi melancong bersama yang tersayang.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...