January 13th, 2015

Ya dalam banyak-banyak komen tentang isu Kpop yang sedang panas sekarang ini, bagi kami komentar daripada Abby Abadi ini adalah yang terbaik setakat ini. Walaupun sebelum ini kami juga sering mengkritik Abby apabila memberikan komen yang agak melalut, namun kali ini ulasan yang diberikan memang padu, tepat, mantap dan power!!! Ternyata pengalaman Abby Abadi di dalam industri hiburan sebelum ini membolehkan Abby memberi pendapat yang amat brilliant ini.
abby

Di kala kebanyakan pihak menyalahkan gadis-gadis bertudung itu kerana membiarkan diri mereka dipeluk oleh artis Kpop, Abby Abadi melihat perkara ini daripada sudut yang lebih besar lagi. Tulis Abby menerusi Instagramnya:-

abby

Malah Abby juga turut mempersoalkan kredibility pihak-pihak berkuasa yang nampak bersungguh-sungguh mahu menyiasat hal ini sedangkan banyak lagi perkara depan mata yang dibuat tidak tahu. Antara tulisan Abby:-

Kenapa nampak yang ni je? Paper, majalah hiburan di Malaysia ni. Saban hari, tiap minggu, tiap-tiap bulan terang-terang covernya gambar bermaksiat. Tak pernah dengar pun nk ambil apa-apa tindakan.

Tak cukup popular ke artis kt Malaysia ni? Dalam drama, filem, teater bukan main terang lagi kemaksiatan mereka.. Kenapa di diamkan je? Kenapa tiada Alim Ulama yg ada dalam Barisan Pimpinan Negara bersuara?

Seriuss.. Sangat tak boleh diterima akal kalau insiden antara K-pop & peminat fanatik mereka tu diambil tindakan tapi artis dalam dunia hiburan terus dibiarkan…#SelamatkanMalaysia #SelamatkanSahabatSahabatSaya #ALLAHUAKBAR

abby

Abang Nara bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abby Abadi. Memang mantap ayat-ayat yang dikeluarkannya. Semoga ada pihak yang sedar dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
bidadary.myP.S: Tampil lebih jelita bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan tudung ekslusif daripada www.bidadary.my. Anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Sekali dah pakai, mesti terasa seperti bidadari. Cubalah hari ini juga.


Comments are closed.

Loading...