“Komen Seolah-Olah Mereka Tuhan..” Kemampuan Nyanyian Dipersoal, Upiak Isil Jauh Hati Dengan Kritikan Netizen

Hiburan

“Komen Seolah-Olah Mereka Tuhan..” Kemampuan Nyanyian Dipersoal, Upiak Isil Jauh Hati Dengan Kritikan Netizen

Salah seorang bintang Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), Upiak Isil tidak dapat menahan emosi sedih sehingga mengalirkan air mata berikutan sering dikritik mengenai kemampuannya untuk menyanyi di atas pentas.

Ujar Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda,34, dia menerima kecaman dan pernah dihina sehinggakan nama keluarganya turut terpalit sama.

Advertisement

Katanya lagi, perkara yang paling kerap dipersoal adalah mengenai kebolehannya untuk menyampaikan lagu berikutan dia sebelum ini sering membawakan lagu-lagu berunsur genre komedi.

Kenapa mereka komen seolah mereka itu Tuhan. Saya orang yang suka fikir dan kadang ‘overthinking;. Apabila terima komen negatif, saya jadi kurang keyakinan diri.

Upiak berkata bahawa dia tidak pernah terlintas untuk menyanyikan lagu komedi namun tetap memperbaiki cara nyanyian terutamanya dalam bahasa Inggeris meskipun dirinya tidak berapa mahir menyanyikan lagu bahasa asing.

Tambahnya, dia kini mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengambil peduli mengenai komen negatif seperti itu kerana sedar dia perlu kuat apabila sudah terjun ke dalam dunia seni.

“Sebagus mana pun kita, pasti akan kelihatan salah di mata mereka yang tidak suka. Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang atur.” tambahnya lagi.

Upiak berkata demikian ketika ditemui dalam konsert minggu pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Shidee
3 years ago

Kenal Emak Tapi Kahwin Dengan Anak, Shidee Akui Ambil Masa Pulih Hubungan Dengan Mertua Gara-Gara Perkahwinan Tidak Direstui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...