Sebuah saluran berita di Perancis menerima kecaman ramai dan diminta untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan sensitif pada China. Di dalam siaran langsung itu, salah seorang wartawan kedengaran berbisik ‘mereka sedang kebumikan Pokemon’ semasa upacara penghormatan pada mangsa korban COVID-19 di China.
BFMTV dan wartawannya, Emmanuel Lechypre dilabel sebagai seorang yang ‘racist’ dan tidak menghormati sensitiviti rakyat China di dalam upacara itu. China pada Sabtu lalu mengadakan upacara penghormatan selama tiga minit di seluruh negaranya yang turut disiarkan secara langsung di beberapa negara.
“Saya telah bercakap tentang perkara tidak sepatutnya, di mana saya fikirkan mikrofon telah pun dimatikan. Saya betul-betul minta maaf.”
Wartawan itu kemudiannya memohon maaf kerana menurutnya dia tidak sedar mikrofon masih terpasang semasa ianya berlaku. Majikan kepada saluran televisyen tersebut turut meminta maaf kepada penonton mengenai insiden itu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada wartawan itu akan dikenakan tindakan displin atau tidak oleh stesen televisyen itu.
Another example of Coronavirus racism, this time on French channel @BFMTV.
On a segment about China burying those who have died from the virus and observing a three minute silence you can hear the presenter whisper: “they’re burying Pokemon.”
Gross. pic.twitter.com/l2Ha3obstG
— Joseph Willits (@josephwillits) April 4, 2020
Wartawan itu menerima kritikan yang hebat di media sosial di atas sikap tidak professional yang ditunjukkan semasa siaran langsung itu. Malah, ada juga yang mengutuk tindakannya kerana untuk makluman, Pokemon adalah watak berasal daripada Jepun dan bukannya China.
Pada Sabtu lalu, upacara memperingati lebih 3,300 mangsa terkorban dari wabak COVID-19 telah diketuai oleh Presiden Xi Jinping dan disertai oleh semua rakyat China. Semua pengangkutan termasuk pengangkutan awam dihentikan semasa upacara itu sebagai tanda penghormatan.
Ianya juga adalah satu upacara penghormatan kepada 14 petugas perubatan yang terkorban di mana mereka telah dianugerahkan darjat ‘Martyr’, darjat tertinggi pejuang negara oleh China. Wabak COVID-19 kini telah menular di hampir seluruh dunia dengan kes jangkitan melepasi 1 juta orang.
Artikel berkaitan: Doktor Perancis Mohon Maaf Selepas Cadangan Mahu Uji Vaksin Pada Penduduk Afrika Terima Kecaman Ramai