“Komen Negatif Akan Dipadam, Nak Elak Orang B*doh” – Jeslina Hashim Bakal Jadi Isteri Kerabat Diraja, Biras Sarimah Ibrahim

Hiburan

“Komen Negatif Akan Dipadam, Nak Elak Orang B*doh” – Jeslina Hashim Bakal Jadi Isteri Kerabat Diraja, Biras Sarimah Ibrahim

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hits Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim memaklumkan  bahawa dia terpaksa memadam komen-komen negatif dan berbaur kebodohan yang ditinggalkan netizen di media sosialnya  kerana tidak mahu menarik perhatian orang bodoh.

Dia yang sebelum ini pernah dikritik dan dikecam kerana berpakaian seksi mengakui sering mendapat komen negatif sehinggakan terpaksa memadam setiap komen yang ditinggalkan mereka.

Advertisement

Sementara itu, muncul pula dakwaan yang mengatakan Jeslina kini sedang menunggu hari bahagia bersama kekasih hati, Tunku Eddy Nasruan Adil yang juga kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sekadar info, Tunku Eddy merupakan adinda kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa iaitu suami kepada pelakon dan pengacara YM Che Puan Sarimah.

Sebelum ini, Jeslina kerap memuat naik aktiviti dan persiapan menjelang hari bahagianya itu di Instagram buat tatapan peminat.

Tunku Eddy dan Jeslina pernah memuat naik satu foto memaparkan penyanyi itu menerima cincin pertunangan di jari sebagai tanda hubungan mereka mula serius dan bakal melangkah ke satu langkah lagi iaitu perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BCL TIKO KAPSYEN
5 months ago

Netizen 'Panas Hati' Lihat Kapsyen BCL Bersama Tiko -"Padahal Noah Juga Bisa Bikin Tersenyum"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...