“Komen Memang Netizen Tag Nama Saya” – Caprice Akan Teruskan Saman Terhadap Bos Mydin?

Hiburan

“Komen Memang Netizen Tag Nama Saya” – Caprice Akan Teruskan Saman Terhadap Bos Mydin?

Susulan daripada isu saman-menyaman antara Caprice dan juga pengarah urusan Mydin,  Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin gara-gara tweet berbaur sindiran, penyanyi itu memaklumkan bahawa dia akan tetap meneruskan tindakan saman tersebut.

Perkara tersebut diuar-uarkan Caprice menerusi satu hantaran di Instagram Story sebagai respon kepada pertanyaan seorang individu yang menanyakan mengenai insiden itu.

Advertisement

“Bos Mydin dah respon tu.. Adakah Cap akan teruskan saman?” soal individu itu di ruangan Ask Me A Question di Instagram.

Caprice Mydin

Kata Caprice, dia akan tetap meneruskan saman tersebut dan mengatakan bahawa dia berasa kecewa dengan sikap pengurusan pasaraya terkenal itu yang membenarkan budaya perli dan menyindir di media sosial.

Macam mana nak nafikan sedangkan ruang komen memang tag dan semuanya mengenai saya.

Malah, Caprice juga mendakwa pihak media sosial syarikat itu seolah-oleh memperlekehkan usahanya membongkar isu pendakwah dan kesalahan seksual yang giat dijalankan pada ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

caprice
2 years ago

"Saman 30 Juta" - Kena 'Cuit' Di Tweet Pasaraya Mydin, Caprice Gesa Permohonan Maaf & Nak Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...