Semalam, penyanyi Sissy Imann tidak dapat menahan sebak selepas dilontarkan dengan komen pedas daripada juri tetap, Mas Idayu dalan rancangan program nyanyian Famili Duo.
Penyanyi berusia 28 tahun itu bersama sepupunya, Naim Daniel menyanyikan lagu Jampi pada minggu keenam pertandingan itu.
Bagaimanapun, persembahan mereka mendapat kritikan daripada juri kerana menganggap lagu itu tidak sesuai dengan mereka berdua.
Awak buat apa malam ni? Minggu keenam ni! Awak patutnya cari la lagu yang sesuai dengan awak.
@syahiraibrahim19
Bukan itu sahaja, Mas Idayu turut menyifatkan nyanyian mereka berdua sebagai kasar dan tidak sedap didengari untuk lagu tradisional.
Daripada awal sampai akhir berkasar dekat situ sedangkan benda ni lembut, tradisional.
Namun, Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil dilihat menangis kerana menganggap dia telah menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk.
@kick_kapoor8989 Kesian sissy tak dpt tahan menangis sebab lagu yang diberi TRADISIONAL terlalu “KASAR” bagi mummy. #fyp #fyp? #masukberanda
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan yang diberi oleh Mas Idayu kerana ramai yang menganggap komen tersebut agak keterlaluan.
Bukan itu sahaja, ramai yang kasihan melihat nasib Sissy yang ditengking dan dimarahi dihadapan para penonton.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.