Pelakon Intan Najuwa sekali lagi menjadi perhatian di media sosial apabila ada individu meninggalkan komen kurang menyenangkan buat anak kecilnya, Imane Lunara.
AdvertisementView on Threads
Komen berbaur tidak bertamadun itu nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi melibatkan seorang bayi yang tidak bersalah.
Rata-rata netizen menyuarakan kemarahan mereka dengan mengingatkan bahawa setiap kata-kata di media sosial ada akibatnya, dan sikap sesetengah individu yang mudah menghina tanpa memikirkan perasaan orang lain adalah satu budaya yang memalukan.
Ramai juga tampil memberi sokongan kepada Intan, mendoakan agar beliau kekal kuat serta tidak terkesan dengan komen negatif yang ditinggalkan oleh segelintir pihak.