Luahan pelakon Kilafairy semalam meraih perhatian dan membuatkan ramai tersentuh kerana sebenarnya ramai yang pernah lalui hal yang sama.
Aktres itu menerima banyak kata-kata positif dan semangat daripada rakan artis dan juga netizen di media sosial yang cuba membantunya melalui kesukaran ini.
Komen seorang wanita di Thread mengundang perhatian selepas dia menegur Kilafairy yang terdetik mahu membuka tudung semula.
Tak lawa pun kak kalau kau free hair.
Hantaran itu menerima komen daripada netizen di mana ada yang menegur kata-katanya yang dianggap biadap dan tidak sensitif.
Namun beberapa individu berpendapat mungkin wanita ini menggunakan cara komen sebegitu agar Kilafairy berubah fikiran untuk tidak membuka tudung.
Nampak kejam tapi semoga dengan kata-kata ini buat dia istiqomah bertudung.