Komen IG Bekas Isteri, Netizen Dakwa Hafidz Roshdi ‘Psycho’ – “Mental Health Problem Ke Bro?”

Hiburan

Komen IG Bekas Isteri, Netizen Dakwa Hafidz Roshdi ‘Psycho’ –  “Mental Health Problem Ke Bro?”

Seperti ramai tahu, pelakon Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu menerusi panggilan telefon.

Namun, baru-baru ini pelakon berusia 29 tahun tahun itu dilihat masih meninggalkan komen di ruangan komen gambar dimuat naik bekas isterinya.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Shuhada berkongsi foto terkini memaparkan dirinya tersenyum ketawa sehingga menampakkan giginya yang baru dipasang pendakap gigi atau braces.

Salam Jumaat. Alhamdulillah Shu, Humairah dan Umar baik-baik sahaja di sini. Doakan yang baik untuk kami.

Meninjau di ruangan komen, Hafidz mengucapkan tahniah kepada bekas isterinya kerana baru memasang pendakap gigi tersebut.

Pergh! Pakai braces dah. Tahniah.

Susulan itu, komen tersebut telah menimbulkan rasa marah orang ramai terhadap tindakan pelakon drama Ku Punya Hati itu kerana seolah-olah tiada apa yang berlaku selepas menceraikan isterinya.

Bukan itu sahaja, netizen turut mempersoalkan Hafidz kerana tidak tahu perkembangan isterinya sekali gus membuktikan dia sudah lama tidak bertemu dengan Shuhada.

Malah, ada juga yang meminta pelakon itu untuk mendapatkan rawatan kerana berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan mental selepas bercerai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Enggan Emosi Anak Terganggu, Erra Fazira Tak Masuk Campur Isu Engku Emran Didakwa Sudah Berpisah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...