Seorang pengguna Twitter dikecam bertubi-tubi oleh Netizen kerana bertanya mengapa bayi Nora Danish yang baru dilahirkan sebulan lepas tidak comel.
Mazni Z. menulis:
Saya tak bermaksud nak biadab tapi kenapa anak Nora Danish tak…hmmm, tak co…ish susahnya nak cakap. Maksud saya, lihatlah kedua ibu-bapanya. Mereka segak. Saya ingat semua bayi lahir comel? Tapi, ummm, kenapa bayi dia (Nora) tak comel?
Menurutnya, dia menulis tweet itu kerana dia hanya memberi reaksi kepada tweets yang ditulis orang lain.
Akibatnya, dia dihina gemuk dan buruk oleh pengguna Twitter lain sehingga terpaksa menukar gambar profil.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pengguna Twitter tersebut telah memadam tweetnya namun menerima bahawa dia telah membuat kesilapan.
Seorang pengguna Twitter melahirkan kekesalan yang anak Nora baru lahir tetapi sudah jadi mangsa buli siber:
Apa pun pada pandangan penulis anak Nora sangat comel dan bam bam pula. Soal comel atau tidak ini perkara subjektif namun anda sendiri pasti tidak suka jika paras rupa anak anda dikutuk.
Ada kalanya, ada pendapat yang tak perlu diluahkan, tak gitu? Tunggulah sedikit masa lagi pasti bayi Ney Ney bertambah segak. – beautifulnara.com