Komen Ahli Parlimen Belia, “Anak Sarawak Belum Mampu Urus Sumber Negeri Sendiri.”

Trending

Komen Ahli Parlimen Belia, “Anak Sarawak Belum Mampu Urus Sumber Negeri Sendiri.”

Dalam keadaan ekonomi semasa, industri minyak dan gas adalah yang paling terkesan. Ramai individu yang terlibat dalam bidang ini terpaksa diberi pilihan persaraan awal untuk mengurangkan kos operasi supaya syarikat boleh terus bertahan. Di Sarawak, seperti yang dilaporkan oleh Borneo Post Online, kerajaan negeri telah membekukan permit kerja kepada individu dari luar Sarawak yang berhasrat untuk bekerja di Sarawak dalam bidang minyak dan gas. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini ialah untuk memastikan Petronas akan bersikap lebih adil dan telus dengan Sarawak berkaitan operasinya dalam negeri itu.  Keputusan ini dibuat setelah kerajaan negeri menerima aduan dari  anak jati Sarawak yang diberi opsyen persaraan awal atau diberhentikan dari bidang ini kerana keadaan semasa.

miezanawawiKeputusan ini bagaimanapun dibantah oleh Ahli Parlimen Belia yang bernama Nurwynie Sharmiza Nawawi atau menggunakan nama Mieza Nawawi di akaun Facebook miliknya. Mengatakan keputusan itu bodoh, Mieza berpendapat keputusan itu memperjudikan punca rezeki rakyat demi kepentingan politik.

Advertisement


Melalui tulisan Mieza, beliau berpendapat yang orang Sarawak masih belum mampu menguruskan sumber asli mereka sendiri ‘seperti yang boleh dilihat dalam bidang pembalakan’.

Mieza juga mengatakan dia 100% percaya yang ‘pemain tempatan’ masih belum mempunyai kebolehan seperti Petronas. Malah, dia menambah seorang kenalannya yang merupakan pengurus Shell mendakwa pengambilan rakyat Sarawak dalam bidang itu ialah ‘untuk memenuhkan kuota’ walaupun kebolehan mereka tidak mencapai piawaian.

Secara keseluruhan, Mieza percaya keputusan ini boleh membuatkan Petronas menghentikan operasi di Sarawak dan ini akan memberi risiko lebih besar iaitu memperjudikan peluang pekerjaan ribuan anak jati Sarawak yang lain.

13

24
5Tulisan-tulisan Mieza telah menjadi viral di media sosial. Ramai berpendapat Mieza tidak sepatutnya memandang rendah keupayaan orang Sarawak. Apatah lagi dengan status sebagai Ahli Parlimen Belia. Mereka menuntut Mieza memohon maaf kerana memperkecilkan rakyat Sarawak walaupun dia sendiri ialah orang Sarawak.

Mereka menambah yang rakyat Sarawak menjadi mentor dan jurulatih dalam bidang minyak dan gas hingga ke luar negara, dan orang Sarawak mempunyai paling banyak pengalaman dalam bidang ini.

Ada juga dalam kalangan rakyat Sarawak yang ingin membaca hujah yang lebih konkrit bagi membalas hujah Mieza.

Buat masa ini status tersebut tidak kelihatan di wall Facebook Mieza. Sama ada ia sudah dipadam ataupun telah ditetapkan hanya boleh dilihat individu tertentu sahaja, tidak pula diketahui.

Sumber: I Love Sarawak ditulis untuk amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...