Fermented beauty tengah trending dan Pure Beauty bawa revolusi dalam rangkaian Kombucha Skincare dari Korea!
Kalau sebelum ni kita kenal kombucha ni sebagai minuman sihat yang diperkaya dengan probiotik, sekarang dunia kecantikan pula ambil spotlight menggunakan kebaikan kombucha dalam produk penjagaan wajah!
Tapi… Kombucha untuk kulit? Bunyi pelik, tapi bila tahu rahsianya, mesti ramai terus nak cuba.
Kulit Sihat Bermula Dari Fermentasi: Macam Kimchi, Tapi Untuk Muka
Pure Beauty The First Essence diformulasi untuk kesegaran semula jadi dalam setiap titisan, sesuai untuk anda yang inginkan kulit tampak lebih segar dan berseri serta membantu mencapai kulit K-GLOW yang diidamkan.
Produk in terbukti secara klinikal dapat membantu mencerahkan kulit wajah dalam hanya 3 hari*, meningkatkan keserian dan tekstur kulit seawal satu kali penggunaan*, serta memberikan kesan lembapan serta-merta sehingga 125%*.
Bila kulit kekal lembap sepanjang hari, ia secara tak langsung membantu mengekalkan kesegaran solekan sehingga 24 jam, tanpa perlu touch up berlebihan.
Baru Sekali Pakai, Dah Nampak Perubahan? Biar Betul?!

Kajian klinikal menunjukkan perubahan kulit menjadi lebih mulus dan licin hanya selepas satu kali penggunaan. Ya, bukan mitos!
Anda boleh rasa beza pada kulit selepas penggunaan pertama dan bukan sekadar rasa, tapi nampak jelas.
Tapi bukan itu saja, pengguna Pure Beauty The First Essence memberikan maklum balas dapat yang mereka dapat merasakan perbezaan ketara apabila wajah kelihatan lebih berseri, cerah, tekstur lebih sekata dan wajah juga terasa lebih lembap.
Tak sangka, proses fermentasi yang sama dengan kimchi dan yogurt boleh jadi jawapan untuk kulit lebih glowing! Dengan teknologi Double Fermentation, produk Pure Beauty, The First Essence menggabungkan kuasa semula jadi dan sains K-Beauty untuk hasil yang instantly wow.
Fungsinya bukan main-main, ia membantu untuk detox kulit, kuatkan skin barrier dan memberikan tekstur yang lebih licin untuk wajah. Semua ini kerana bahan aktif dalam kombucha lebih mudah diserap kulit hasil proses fermentasi berganda.
95 Peratus Kombucha Ekstrak: Makanan Untuk Kulit Anda
Rangkaian penjagaan wajah kombucha Pure Beauty ini diformulasi dengan 95 peratus ekstrak daun teh hitam Jeju terfermentasi yang berkualiti tinggi dan mempunyai banyak manfaat.
Teh hitam Jeju (Jeju Black Tea) ni terkenal dengan manfaat detoksifikasinya yang membantu membersihkan kulit daripada toksin dan tekanan oksidatif, menjadikan wajah kelihatan lebih segar dan bertenaga.
Ia juga dapat membantu mencerahkan kulit kusam secara lembut dengan merangsang pengelupasan dan pembaharuan sel, memberikan tona kulit yang lebih sekata dan menjadikan nampak lebih berseri.
Kandungan asid amino dalam ekstraknya pula membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit sambil menyokong fungsi lapisan perlindungan kulit untuk hidrasi yang mendalam dan tahan lebih lama.
Dalam erti kata lain, ia “suap” kulit anda dari luar ke dalam, dengan memberikannya keseimbanagan. Hasilnya? Kulit lebih bersih, segar dan glowing.
Lebih menarik, ia juga mesra mikrobiome kulit! Jadi, sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kusam, stress atau mudah berjerawat.
Cuba Sendiri & Buktikan Keberkesanan Pure Beauty, The First Essence
Cuba sendiri Pure Beauty The First Essence dan kongsikan pengalaman anda di media sosial.
Pure Beauty merupakan jenama yang diinspirasikan oleh sains kecantikan Korea, teknologi penjagaan kulit terfermentasi ini menggabungkan bahan semula jadi dengan kepakaran K-Beauty untuk hasil yang berkesan tetapi tetap lembut pada kulit.
Jangan lupa juga check out promosi menarik di Watsons atau KLIK SINI untuk dapatkan